Temple Bar, Dublin. aku dalam posisi duduk waktu capture gambar ni. bila aku pusing belakang, ramai pulak mat salleh tiru posisi aku. yang bezanya mereka guna DSLR. aku guna kamera cap ayam je. kawan aku yang perhatikan aku dari jauh tanya,"segan tak?"
masih di Temple Bar, Dublin. konsep dalam Cow's Lane's Studio ni agak kreatif
dan lucah.
(cerita yang terperinci tak perlu tahu)
The Beatles Museum, Albert Dock, Liverpool.
bandar pertama di UK yang aku pergi adalah Liverpool. (most of my friends were looking forward to go to London.me?nayyy!) sebab? Liverpool ada The Beatles dan kawan baik aku. tapi sebab utama, tiket ke Liverpool lagi murah berbanding ke London waktu tu. heh. aku ambil gambar ni sambil berkata, "where the hell is The Beatles Museum?" ironi.
Liverpool Football Club's Museum, Liverpool Stadium, Liverpool.
waktu berjalan-jalan dalam muzium ni, aku dengan penuh riang menyanyi, "glory! glory MU!"
semua mata pandang aku. aku kaget. bagi menutup kekagetan, aku suruh kawan aku snap gambar ni. jadi, jangan tanya kenapa dalam banyak-banyak pemain Liverpool aku lagi 'berminat' bergambar dengan pengurus pasukan mereka seperti gambar di atas. so, please remember, 'Manchester United' are forbidden words in Liverpool! oh, 'Chelsea' too.
selepas Liverpool, aku terus ke Manchester. ironi.
konsert Paramore di O2 Stadium, Dublin. ini Cik Haley Si Rambut Merah.
the story behind this photo is too tragic to be told.
lelaki cool!
Royal College of Surgeon in Ireland, Dublin.
my Alma mater. my first photo in my college. aku rasa 'lelaki' ni cool. tapi...
University College Cork ada 'perempuan' ini. aku rasa lagi cool...she's naked even during winter.
dublin,ireland.
aku suka gambar ni sebab dalam gambar ni ada banyak emosi. salam perantauan.
kedai milkshake, Dames Street,Dublin.
tengok muka akak di kaunter. beliau tengah menjerit,"Kinder Bueno Chocolate milkshake.Miss!" sekuat hati.
"weyh muka kau pucat gila,Nad dalam gambar ni."
"pucat aku pucat normal, pucat kau pucat mayat!"
gulp.
aku rindu kau, Nad!
University College Cork, Cork, Ireland.
permulaan musim sejuk.
i guess it was taken in Wicklow, Ireland.
cerita pasal gambar ini ialah, aku tak ingat siapa dalam gambar ini. seriously. siapa yang pakai trench coat hitam di perkuburan lama ini?
Wicklow, Ireland. (p.s i love you was shot here)
muka 2 daripada manusia dalam gambar ni kelihatan sangat epik. sebab? dari jauh kelihatan dua ekor anjing berwarna hitam tanpa tali berlari ke arah kami. lelaki yang memegang shopping bag berwarna merah hampir terjun ke dalam tasik. semua orang berlari macam tak cukup tanah. we laugh everytime we look at this photo. it kind of our guilty pleasure.
Stortoget, Gamla Stan (Old Town), Stockholm, Sweden.
see, the 2 buildings behind us, we ate our breakfast at one of those cafes on that day. dari chef sehingga ke pelayan, semua lelaki. semua lelaki! aku fikir, mungkin kebetulan pekerja hari itu semua lelaki. sebelum keluar dari cafe itu, aku mintak salah seorang waiter bungkuskan kek yang aku tak sempat makan. tapi waiter tersebut buat tak layan. aku mintak hampir 3 kali.bila kawan lelaki aku pergi ke kaunter mintak paper bag, waiter yang sama bagi paper bag dengan senyuman yang sungguh mesra. kawan aku datang ke meja dengan muka merah. "weyh, jom blah! i mean now!" lepas daripada itu aku faham kenapa pekerja cafe tu semua lelaki. faham tak?
by the way, the food was good.
Volvo Museum, Gothenburg, Sweden.
seronok.
p.s: lagi cepat raya lagi cepat balik Dublin. tak payah raya la!
2 comments:
jealousy -_-
don't be. :)
Post a Comment